PENGENALAN
Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

Unit Pesuruhjaya Sumpah berperanan untuk:

  • Menyelia senarai Pesuruhjaya Sumpah (Pegawai Awam dan Persendirian) yang terkini;
  • Sebagai pusat rujukan dan pengesahan terhadap senarai Pesuruhjaya Sumpah yang masih aktif di seluruh Negara;
  • Memproses setiap permohonan pelantikan baru Pesuruhjaya Sumpah;
  • Menyelia proses peperiksaan dan temuduga bagi calon-calon pelantikan baru Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses setiap permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses setiap permohonan pertukaran alamat Pesuruhjaya Sumpah;
  • Menguruskan setiap permohonan Pesuruhjaya Sumpah untuk menjalankan perkhidmatan di luar premis;
  • Merekodkan permohonan dan pemakluman Pesuruhjaya Sumpah untuk bercuti;
  • Menjalankan semakan Buku Daftar dan pemantauan premis Pesuruhjaya Sumpah; dan
  • Menerima aduan terhadap salah laku Pesuruhjaya Sumpah dan menjalankan siasatan terhadap Pesuruhjaya Sumpah yang berkenaan.

PENGUMUMAN

Permohonan Baru Pesuruhjaya Sumpah

Permohonan Lantikan Baru Pesuruhjaya Sumpah adalah dibekukan sementara sehingga ke suatu pemakluman lain dibuat berkenaan dengannya.

Sebarang pemakluman lanjut akan dibuat melalui pautan ini dan pengunjung adalah dijemput untuk sentiasa menyemak melalui portal ini.