PENGENALAN
Seseorang Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

Unit Pesuruhjaya Sumpah beperanan untuk:

  • Menyelia dan mengemaskini senarai Pesuruhjaya Sumpah mengikut jenis lantikan (Peguambela dan Peguamcara, Pegawai Awam, Pegawai Badan Berkanun dan Mana-Mana Orang Lain);
  • Sebagai pusat rujukan dan pengesahan terhadap rekod pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang masih aktif dan tidak aktif di seluruh Negara;
  • Memproses setiap permohonan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 1,2,3,4;
  • Menyelia dan menjalankan peperiksaan dan temuduga bagi pelantikan dan / atau pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 6;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menukar alamat perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menjalankan perkhidmatan di luar alamat perkhidmatan;
  • Merekodkan permohonan dan pemakluman Pesuruhjaya Sumpah untuk bercuti;
  • Menjalankan semakan Buku Daftar dan pemantauan premis Pesuruhjaya Sumpah;
  • Menerima dan memproses, maklumat atau aduan berkenaan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah; dan
  • Menjalankan siasatan berdasarkan maklumat dan aduan berkenan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah.
PENGUMUMAN

KEPUTUSAN PERMOHONAN LANTIKAN BARU PESURUHJAYA SUMPAH TAHUN 2018  

Kesemua calon yang telah menghantar permohonan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah pada Julai 2018 yang lalu boleh membuat semakan keputusan permohonan di sini.