PENGENALAN
Seseorang Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

Unit Pesuruhjaya Sumpah beperanan untuk:

  • Menyelia dan mengemaskini senarai Pesuruhjaya Sumpah mengikut jenis lantikan (Peguambela dan Peguamcara, Pegawai Awam, Pegawai Badan Berkanun dan Mana-Mana Orang Lain);
  • Sebagai pusat rujukan dan pengesahan terhadap rekod pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang masih aktif dan tidak aktif di seluruh Negara;
  • Memproses setiap permohonan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 1,2,3,4;
  • Menyelia dan menjalankan peperiksaan dan temuduga bagi pelantikan dan / atau pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 6;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menukar alamat perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menjalankan perkhidmatan di luar alamat perkhidmatan;
  • Merekodkan permohonan dan pemakluman Pesuruhjaya Sumpah untuk bercuti;
  • Menjalankan semakan Buku Daftar dan pemantauan premis Pesuruhjaya Sumpah;
  • Menerima dan memproses, maklumat atau aduan berkenaan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah; dan
  • Menjalankan siasatan berdasarkan maklumat dan aduan berkenan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah.
PENGUMUMAN

PERMOHONAN LANTIKAN BARU PESURUHJAYA SUMPAH BAGI TAHUN 2020

 

  • TEMPOH PERMOHONAN DIBUKA: 1 MAC DAN DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN 2020

 

  • BORANG PERMOHONAN BOLEH DIMUAT TURUN BERDASARKAN KATEGORI-KATEGORI PEMOHON MELALUI RUANGAN 'BORANG-BORANG DAN PANDUAN'.

 

  • BORANG PERMOHONAN YANG DIKEMUKAKAN MESTILAH LENGKAP (RUJUK PANDUAN PERMOHONAN).

 

  • MANA-MANA PERMOHONAN YANG DITERIMA SEBELUM TARIKH 1 MAC 2020 DAN SELEPAS TARIKH 30 JUN 2020 AKAN DITOLAK DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

 

  • SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI UNIT INI MELALUI TALIAN 03-8880 4296/4039/4036 ATAU MELALUI EMEL upjs@kehakiman.gov.my

 

 

UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

4 MEI 2020



PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT

 

SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI UNIT INI MELALUI TALIAN 03-8880 4296/4039/4036 ATAU MELALUI EMEL upjs@kehakiman.gov.my

 

UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

4 MEI 2020